Home Berita PAS Terengganu

Ceriakan 285 anak yatim berhari raya

61
SHARE

DUNGUN – Parti Islam SeMalaysia(PAS) Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang meneruskan tradisinya menceriakan 285 orang anak yatim menyambut hari raya seperti kebiasaannya sejak lebih satu dekad.

Pengarah Majlis Tindakan DUN(MTD)nya, Cikgu Alias Harun yang berterimakasih kepada Lajnah Kebajikan DUN, PAS Cawangan – Cawangan, Pemuda, Ameerah dan Muslimat yang berusaha keras mengumpulkan kesemua nama – nama anak-anak yatim yang ada di tempat mereka.

“Anak yatim adalah golongan yang sentiasa dekat di hati PAS DUN Rantau Abang, dengan menyantuni mereka, banyak ganjaran yang Allah janjikan,” katanya ketika dihubungi hari ini, mengulas Majlis Bantuan Ramadan Anak Yatim DUN Rantau Abang.

Di dalam majlis yang berlangsung pada 22. April itu, Cikgu Alias menyeru ibu-ibu yang hadir supaya sentiasa mengambil berat pelajaran anak-anak mereka dan tidak mudah melabel mereka gagal dalam pelajaran.

“Mereka ada peluang untuk berjaya jika diberi perhatian sebaiknya dan menganggap kemiskinan tidak menjadi penghalang untuk berjaya.

“Mungkin hari ini mereka kita tengok malas hendak belajar, suka habiskan masa dengan kawan – kawan, insya-Allah kalau kita sentiasa nasihat mereka dan selalu berdoa, bukan suatu yang mustahil, satu hari nanti mereka akan menjadi pensyarah, jurutera, doktor atau guru, “ujarnya.