Home Berita PAS Wilayah

Ceramah Penyatuan Ummah Menggegarkan Wangsa Maju

597
SHARE

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Lebih 500 orang menghadiri kawasan Kompleks Yayasan Perdana, Taman Ibu kota seawal 8.30 malam bagi mengikuti Ceramah Penyatuan Ummah peringkat Wangsa Maju.

Majlis yang bermula dengan solat isyak berjemaah di Masjid Ibnu Abbas, kemudiannya pidato perpaduan ummah pada jam 9.15 malam telah dihadiri Mantan Perdana Menteri Dato’ Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak , Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Haji Azhar Bin Yahya, Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud , Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju Dato’ Dr Syafie bin Abdullah beserta barisan kepimpinan UMNO dan PAS di pelbagai peringkat.

Program anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju itu julung kali diadakan di sini selepas termeterainya Piagam Muafakat Nasional dan bertujuan untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang muafakat penyatuan ummah.

Dalam ucapan Ustaz Azhar mengatakan bahawa agenda penyatuan ummah yang dibawa oleh UMNO dan PAS tidak akan meminggirkan kaum lain kerana semangat itu akan turut memelihara kestabilan masyarakat majmuk di Malaysia.

Menurutnya walaupun PAS dan UMNO bersengketa selama 40 tahun namun agenda penyatuan ummah ini menjadi platform terbaik menjernihkan hubungan.

Para hadirin teruja dengan ucapan Ustaz Azhar dengan menyatakan Kerajaan Pakatan Harapan hari ini diterajui oleh DAP. DAP mencatur ahlinya di dalam agensi yang strategi seperti Peguam Negara , Kementerian Kewangan dan lain-lain. Kebiadapan DAP juga mencampuri urusan Agama Islam , menjual aset negara.

Tegasnya, muafakat ini dilihat tercetus berikutan persepsi Malaysia Baharu dibawa Pakatan Harapan (PH) yang telah mengetepikan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu.

Selain itu, Ustaz Azhar Yahya turut menyatakan kepada Dato’ Sri Haji Mohd Najib di atas pertuduhan dan fitnah yang sedang beliau hadapi sekarang.