Home Berita PAS Wilayah

CERAMAH KELOMPOK MENDAPAT SAMBUTAN

939
SHARE

CERAMAH KELOMPOK SIRI 1

7 Oktober 2017, Kampung Setia Jaya, Parlimen Wangsa Maju : Hari ini bermulanya siri pertama Ceramah Penerangan yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan PAS Kawasan Wangsa Maju yang bertempat di Markas PAS Cawangan Setia Jaya. Program yang bermula pada jam 9.00 hingga 11.00 malam ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan ahli PAS dan penduduk sekitar.

 

Program berbentuk ceramah santai yang diaturkan adalah lebih kepada untuk menjiwai ahli yang hadir. Disamping itu, penggunaan skrin besar sebagai bentuk penerangan yang lebih jelas memberi impak positif.

 

Penerangan yang mempunyai 3 sesi, bermula daripada tajuk pertama iaitu Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang disampaikan oleh Ketua Unit Al-Malak, Tuan Mishadi Junos. Sesi kedua telah digalas oleh Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud merangkap Naib Yang DiPertua PAS Kawasan, bagi sesi penerangan berkenaan dengan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS). Sesi terakhir disampaikan oleh Tuan Haji Razali Tumirin merangkap Yang Di Pertua PAS Kawasan bagi sesi penerangan bertajuk Dokumen Hijau dengan penuh bersemangat bagi membantu para hadirin memahami situasi kritikal yang dialami oleh Malaysia dan penyelesaian daripada PAS.

Dengan izin Allah, Ceramah Kelompok ini akan diadakan lebih kerap selepas ini di sekitar Parlimen Wangsa Maju. Dengan misi dan visi yang jelas, PAS Kawasan Wangsa Maju telah bersedia untuk bertanding di bawah parlimen ini.