Home Berita PAS Pahang

Centralised PAS Portal (CPP) Pahang lantik Editor

180
SHARE

Oleh : FARIDAH KAMARUDDIN


KUANTAN, 15 Nov : Ketua Editor Portal Berita PAS Berpusat (CPP) Pahang, Azahari Abdullah telah memberi taklimat dan ‘serah kunci’ Editor CPP kepada Ketua Wartawan Rakyat Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang, Habsah Ali di sini hari ini.

Beliau dilantik untuk membantu Azahari bagi menyunting dan memuat naik penulisan berita oleh Wartawan Rakyat Negeri Pahang yang menulis pelbagai aktiviti dan program terutamanya oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Pahang yang telah memenangi 17 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.

“Saya berharap dengan penambahan editor ini maklumat penulisan dapat disampaikan dengan lebih cepat dan tersebar dengan pantas, sebagai persediaan menghadapi PRU ke-16 nanti,” kata Azahari.

Sementara itu, Habsah berkata beliau akan cuba melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya bagi memantapkan lagi CPP sebagai satu platform rasmi media PAS Pusat.

Taklimat dan ‘serah kunci’ tersebut telah diadakan di kediaman Azahari yang dihadiri juga oleh wartawan rakyat Pahang yang lain.

Habsah Ali berdiri dua dari kiri.