Home Berita PAS Selangor

Cara buat aduan jalan berlubang guna waze di Negeri Selangor

1858
SHARE

Warga Selangor boleh membuat laporan tentang jalan berlubang di sekitar jalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  di seluruh negeri dengan menggunakan Waze. Semua PBT telah menyertai program Waze CCP dengan Smart Selangor. Kaedah simple:
1. Buka Waze, pilih yang orange bubble
2. Hazard
3. On road
4. Pothole
             
Sehingga November 2017, mereka telah terima lebih 16,000 laporan dan lebih 75% diselesaikan. Mereka tetapkan SLA supaya laporan diselesaikan dalam tempoh 5 hari. Laporan luar kawasan jalan PBT, terpaksa ditolak. Tapi secara amnya, gerak kerja PBT lebih efisyen dah dengan i-RS

Setelah laporan dihantar, PBT tersebut akan membuat pengesahan. Jika terdapat lebih daripada satu laporan di tempat yang sama, maka ia lebih mudah disahkan. Di Smart Selangor, melalui i-RS, kami akan pantau semua laporan dan gerak kerja PBT dari awal sehingga tamat di command centre.

 APA LAGI, INSTALL WAZE DAN GUNALAH SEKARANG!

Sumber: Twitter #SmartSelangor