Home Berita PAS Terengganu

Calon PAS PRK Kemaman belum dimuktamadkan

29
SHARE

SHAH ALAM, 20 Oktober – Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS), Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dalam masih proses perbincangan.

Menurutnya, beliau menafikan dakwaan yang tular mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad antara pencalonan PRK berkenaan.

Katanya, PAS tidak akan mencalonkan penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir oleh parti itu.

“Tidak munasabah calonkan Tun Dr Mahathir, kalau nak timbulkan biar munasabah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas kali ke 69 di sini hari ini.

Terdahulu, laporan sebuah portal menyebut bahawa bekas perdana menteri itu mengenai dakwaan PAS kemungkinan meletakkan Tun M sebagai calon pada PRK Kemaman.

PAS menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu akan mengumumkan calon mereka sebelum hari penamaan calon 18 November ini.