Home Berita PAS Pulau Pinang

Calon PAS N.20 santuni anak-anak Pasti

797
SHARE

Oleh : LEA BAIDURI

Bandar Tasek Mutiara, 24 April 2018 : Calon N.20 Sungai Bakap, Ustaz Osman Jaafar meluangkan masa menyantuni pelajar prasekolah di PASTI As-Solihin Bandar Tasek Mutiara pada waktu pagi.

Walapun dalam keadaan keletihan kerana baharu usai latihan sukan, kehadiran Ustaz Osman dan beberapa pengiring yang lain disambut dengan ceria oleh pelajar-pelajar Pasti, sementelah lagi dengan sikap ramah dan mudah mesra yang telah ditunjukkan oleh beliau.

Edaran sisipan harakah juga telah diberikan kepada para waris yang ingin mengambil anak-anak mereka pulang dari sekolah di samping memberi penerangan peri pentingnya kenapa kita perlu undi PAS.

Ketua Penerangan Muslimat Nibong Tebal, Nor Hazleana Baiduri, turut sama membantu dalam kempen mengenalkan calon memandang ini adalah kali pertama N.20 dan Parlimen Nibong Tebal meletakkan calon PAS.

Ustaz Osman turut menyeru agar PAS diberi peluang untuk mentadbir negara dan manifesto PAS akan direalisasikan jika menang dalam PRU14.