CAKNA PENDIDIKAN ANAK: KE ARAH SIFAR JENAYAH
Oleh : Wan Noor Aziezan Baharuddin
BANGI – YB Ustaz Shafie Ngah, ADUN Bangi menyeru semua yang hadir dalam Program Seminar Bahagia agar bersama-sama menjaga anak-anak dan memberi pendidikan terbaik buat mereka.
Perkara ini penting agar generasi masa depan adalah golongan yang dapat menimbang daripada melakukan perbuatan dosa dan jenayah.
Beliau juga mengingatkan agar rakyat tidak hanya melihat masaalah anak-anak dalam isu digital semata, malah turut memantau supaya mereka tidak terjebak dengan najis dadah.
“Kita perlu prihatin dengan masaalah anak-anak hari ini. Bukan hanya dalam isu digital sahaja, malah termasuk juga dengan masaalah dadah”
“Kita berusaha bersama dengan mengawal dan memberi pendidikan terbaik buat anak-anak kita agar Bangi ini mampu menjadi sifar jenayah.
“Saya berharap agar bangi ini terus sejahtera dan didiami oleh rakyat yang sukakan kesejahteraan.”
Program berkala yang merupakan kerjasama antara Pusat Khidmat ADUN Bangi, Biro Pemuda Masjid AlHasanah dan NGO Persatuan Generasi Prihatin (Gen-P) yang diadakan pada 31 Januari yang lalu telah menjemput Puan Noor Afidah Binti Abu Bakar yang merupakan konsultan dengan kelulusan master dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak untuk mengupas isu berkaitan persediaan pendidikan anak-anak era digital.
Program kemahiran keibubapaan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan terutama daripada golongan pasangan muda yang berada sekitar Bandar Baru Bangi.