Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
GOMBAK, 18 Ogos – Syabab Care meneruskan lagi agenda mereka menyokong dan membela nasib mereka yang memerlukan tidak kira siapa, daripada orang susah sehingga para frontliners, semuanya mereka bantu.
Muhammad Fadzli Abu Bakar, Naib Ketua Pemuda PAS Selangor juga merupakan penggerak utama Team Syabab Care menyatakan, bahawa mereka telah turun menyantuni dan menyampaikan beberapa barangan keperluan kepada para petugas di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah.
Menurut beliau, sewaktu menghantar sumbangan yang berbentuk makanan, minuman dan cecair pembasmi kuman ‘Dettol’ kepada petugas di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah tersebut, sempat beliau bersembang dengan petugas di sana.
“Berapa jenazah Covid-19 hari ini di sini?”, tanya beliau kepada petugas disana.
“4 orang sahaja, semalam 7 orang”, jawab mereka.
Jelas, ternyata bahawa terdapat penurunan kes daripada purata 20 orang jenazah sehari kepada 4 orang jenazah sahaja. Juga sudah nampak kesan vaksin kepada masyarakat. “Walaupun di tanah kubur lain masih tinggi jumlah jenazah, sekurang-kurangnya di sini sudah berkurangan”, katanya.
“Terima kasih kepada kerajaan atas usaha gigih meningkatkan jumlah penerima vaksin di seluruh negara”, akhirkata beliau.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor