Home Berita PAS Terengganu

Cahaya Al-Quran penyuluh pentadbiran negeri

16
SHARE

BESUT – Peristiwa Nuzul Al-Quran dalam bulan Ramadan menjadi pengajaran bernilai buat umat Islam dalam mendepani kehidupan.

Penegerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata mukjizat tersebut meliputi sekecil perkara sehingga pemerintahan negara.

“Wahyu Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad merupakan mukjizat ilmu kepada segala lapangan, bahkan mengangkat satu kelompok di padang pasir sehingga menjadi tamadun besar.

“Cahaya Al-Quran juga mengeluarkan kita daripada era jahiliyah kepada zaman keemasan ilmu dunia. Penting kepada kerajaan dan rakyat menjadikan ia sebagai petunjuk dan pedoman,” kataya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Perasmian Prihatin Ramadan Bersama Menteri Besar kawasan Besut di Masjid Ar-Raudhah, TUDM Gong Kedak, di sini semalam.

Pada masa yang sama, Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera turut menyampaikan sumbangan kepada 20 orang asnaf terpilih melibatkan semua DUN di Besut.

Turut hadir Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Husain Awang, Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.

Besut menjadi destinasi terakhir jelajah Prihatin Ramadan bagi semua lapan daerah bagi Ramadan kali ini dalam usaha menyantuni rakyat Terengganu.