Home Berita PAS Terengganu

Cadang perkenalkan pakej perintis, tarik pelabur

34
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri disaran agar memperkenalkan pakej perintis kepada pelabur-pelabur bagi memacu ekonomi dan melestarikan pembangunan di Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata antaranya dengan memberi kemudahan pengecualian cukai atau cukai yang sangat rendah dan dasar subsidi upah.

“Sebagai contoh gaji pekerja RM2,000.00, RM500 subsidi kerajaan negeri bagi setiap pekerja dari kalangan rakyat Terengganu dalam tempoh enam bulan pertama,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Enakmen Perbekalan 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Tambahnya, melalui tiga teras Belanjawan 2023, beliau yakin kerajaan negeri sangat menyedari tempias ekonomi dan keperluan untuk berdaya tahan.

“Selain agenda menyantuni rakyat, teras memacu ekonomi dan melestarikan pembangunan dilihat sebagai pemangkin utama untuk kita harungi cabaran ekonomi semasa secara bersama,” ujarnya.