Nadi Selangor By Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha PAS Negeri Selangor
Artikel | Semua kita mahu keluar dari belenggu pandemik ini. Kerajaan sedang behempas-pulas memeranginya manakala rakyat pula dipertanggungjawabkan bekerjasama pakat-pakat mematuhi SOP dan perintah larangan. Hari ini angka kes baru mencecah 8,290 iaitu yang tertinggi dalam negara dan cukup membimbangkan.
Janganlah kita menggunakan angka ini untuk menuduh dan menuding jari pada sesiapa. Kononnya kerajaan gagal. Setakat semalam seramai 100,000 dos vaksin telah berjaya diberikan ke warga Malaysia yang layak. Angka ini dijangka terus dipertahan dan menjelang bulan hadapan ia dijangka naik ke 150,000 dos sehari.
Jika angka penerima vaksin ini berkekalan dengan rakyat keluar beramai-ramai mendaftarkan diri dan mengambil suntikan tidak mustahil insya-Allah kita boleh capai ‘herd immunity’ (Herd immunity occurs when a large portion of a community (the herd) becomes immune to a disease, making the spread of disease from person to person unlikely). Dalam waktu dua atau tiga bulan sebagaimana negara maju lain.
Gagalkah kerajaan? Dari kita membuang masa menghamburkan tuduhan dan menisbahkan kenaikan angka kes dengan kegagalan kerajaan lebih baik kita bekerja memastikan program kerajaan berjaya. Galakkan semua saudara-mara dan jiran tetangga, masyarakat kita mendaftar dan hadir ambil suntikan. Bersama-sama ingat-mengingat dari hal pematuhan SOP dan perintah larangan. Dan yang lebih utama terus berdoa agar Allah S.W.T menyelamatkan kita semua dari ujian ini.
Jika berjaya dibina ‘herd immunity’ ini insya-Allah kita akan kembali pada kehidupan asal dengan beberapa norma baru. Ketika itu yang gagal sesungguhnya adalah cita-cita PH dan konco-konconya yang kini asyik menangguk di air keruh untuk konon-kononnya kembali jadi kerajaan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor