Home Berita PAS Selangor

Cabaran besar pengundi untuk tempoh 5 tahun

1154
SHARE

CABARAN paling besar buat para pengundi PRU 14 nanti ialah untuk memilih parti yang bakal memerintah dan mentadbir Negara/Negeri untuk 5 tahun akan datang.

5 tahun bukan masa yg pendek, ianya satu tempoh masa yg panjang dalam kehidupan. Pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh 5 tahun ini samada utk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara/negeri.

Memilih kebiasaannya mencari yg terbaik, tiada yg memilih untuk yg tidak baik dan tidak bagus. Untuk PRU kali ini buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia mempunyai 3 blok untuk dipilih.

Blok Barisan Nasional, blok ini telah memerintah sangat lama dan punyai reputasi pimpinan2 yg korup dan skandal2 ketirisan kewangan yg sangat melampau. Kesan daripada kelemahan blok ini pelbagai permasalahan himpitan ekonomi, pengangguran, dasar pendidikan yg gagal membangunkan insaniah dan banyak lagi yg tidak perlu disenaraikan kerana kebanyakan rakyat maklum segala kepincangan ini.

Blok Pakatan Harapan, blok ini wujud atas asas semangat Reformasi 98 yang melibatkan 2 aktor kacak yang bergasak sehingga tercetus provokasi kebangkitan rakyat menentang Perdana Menteri ketika itu. Bermula dengan inisiatif Pas dengan agenda Gerak, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat.

Blok Pakatan Harapan ini telah mengalami evolusi keliru yg tersendiri dalam percaturan politik mereka apabila insiden Reformasi 98 sudah tiada nilai lagi buat 2 aktor kacak ini, iaitu Dr M dan Anuar Ibrahim yang sudah seiring dan sejalan menggasak Najib Razak.

Persoalanya agenda dan muslihat politik apa pula yg bakal mengheret rakyat ke kancah emosional kebencian yang disinetronkan oleh PKR, DAP, PPBM dan PAN. Kesimpulannya rakyat sudah jelak.

Blok Gagasan Sejatera,blok ketiga yg menawarkan solusi terbaik berlandaskan formula yg digali dari disiplin Islam yg memberi rahmat untuk semua. PAS menerajui blok ini serta didukung oleh beberapa parti politik kecil dan NGO.

Manifesto Malaysia Sejahtera yg telah dilancarkan baru2 ini bakal mengubah lanskap ekonomi, pendidikan, sosial dan good governance. Ini adalah garapan terbaik dalam menterjemahkan konsep berkebajikan utk semua lapisan masyarakat.

Oleh itu ayuh kita tekadkan utk buat pilihan yang betul dan terbaik.

M.Rosharizan M.Rozlan
Pengarah Pilihanraya PAS Puchong