Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Butiran Pindahan Aset LTH Ke Syarikat Tujuan Khas (SPV)

571 views
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 258/129
11 Jamadil Awwal 1440 | 17 Januari 2019

BUTIRAN PINDAHAN ASET LTH KE SYARIKAT TUJUAN KHAS (SPV)

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) maklum akan pelan pemulihan kedudukan kewangan semasa Lembaga Tabung Haji (LTH) sepertimana yang telah dibentangkan pada 15 Januari 2019 lalu.

2. Berdasarkan laporan tersebut, PAS berharap agar urus tadbir korporat LTH berada di landasan yang betul serta dapat memulihkan keyakinan umat Islam terhadap institusi ini.

3. Beberapa perkara yang perlu diperincikan oleh pihak LTH.

Pertama, aset-aset yang telah dipindahkan kepada SPV hanya dimaklumkan secara kasar. Ini memerlukan perincian agar semua pendeposit maklum akan kedudukan pelaburan LTH.

– Sebanyak 106 ekuiti domestik yang tersenarai daripada pelbagai sektor perniagaan, satu syarikat peladangan dan 29 buah hartanah.

– PAS meminta pihak LTH untuk mendedahkan butiran termasuk nilai keseluruhan aset yang telah dipindahkan tersebut.

Kedua, LTH akan diletakkan di bawah Bank Negara Malaysia yang bertindak sebagai ‘supervisory role’ kerana melibatkan aktiviti pengambilan deposit.

– Sebgaimana kenyataan Datuk Seri Zukri Samat Ketua Pegawai Eksekutif LTH bahawa fungsi utama LTH bukan pengurus dana tetapi mengurus haji. Maka sekiranya LTH di letakkan dibawah BNM adakah fungsi LTH diurus sebagai sebuah bank?

– Tambahan pula, LTH tertakluk kepada AKta Tabung Haji 1995. Dibawah seliaan BNM, akta manakah yang akan diguna pakai? Adakah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989?

– Fokus seliaan tersebut adalah merangkumi polisi pelaburan dan penentuan strategi pengagihan aset strategik.

– Oleh itu, adakah LTH juga akan tertakluk kepada akta dan polisi BNM serta sejauhmana intervensi yang dibenarkan?

4. PAS juga menyokong laporan polis ketiga yang dilakukan oleh LTH semalam bagi menyiasat dakwaan sekiranya terdapat ‘kesilapan’ akaun yang dilakukan oleh pihak pengurusan lama.

5. Semoga kemelut urus tadbir dan kewangan LTH akan dapat diselesaikan secara adil bagi memastikan wibawa institusi kewangan terbesar umat Islam di Malaysia dipulihara semula.

Islam Memimpin

Sekian