Home Berita PAS Terengganu

Buruh lega kerajaan sentiasa salur bantuan makanan

30
SHARE

Oleh : Muhammad Afiq Akmal Mohd Zohir

BESUT, 22 Jun – Seorang buruh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh lega selepas bantuan makanan dan kewangan sentiasa disalur kepada golongan yang terjejas pendapatan sepertinya.

Mohamad Razali Deraman, 65, berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan dia dan keluarga tidak putus-putus menerima sumbangan daripada kerajaan negeri.

“Saya sangat bersyukur kerana dalam tempoh kawalan pergerakan yang sukar mencari nafkah ini, saya terima bantuan daripda Pejabat Penyelaras DUN Jerteh. Terima kasih kerajaan PAS.

“Terima kasih Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad atas bantuan yang diberikan selama ini sejak Hari Raya Aidilfitri sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menerima Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) 3.0 kelmarin.

Kaum Cina turut menerima bantuan keperluan harian.
Sementara itu, bagi Azizah Mat Nasir, penguatkuasaan PKP Diperketatkan (PKPD) dan PKP 3.0 ‘melumpuhkan’ mereka sekeluarga.

“Ditambah lagi dengan keadaan suami yang terkena strok dan tidak mampu memcari nafkah buat kami.

“Namun, kami bersyukur kerana menerima bantuan keperluan harian seperti ayam, barangan dapur semasa PKPD dan kali ini PKP 3.0 juga, mengurangkan sedikit beban saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ustaz Wan Azhar menegaskan, pihak kerajaan negeri akan sedaya upaya membela golongan yang tidak bernasib baik sepanjang temph ‘total lockdwon’

“Apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban dalam tempoh ‘Total Lockdown’ baru-baru ini telah selesai di DUN Jerteh.

“Kerajaan PAS Terengganu memutuskan untuk melancarkan program BERKAT 3.0 secara bersasar yang berjumlah RM200,000 bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Sebanyak 6,000 penerima yang terjejas tanpa mengira parti secara keseluruhan di dalam DUN Jerteh bakal menerima bantuan seperti beras, tepung, bihun, telur, ikan, ayam dan segala keperluan lain.

“Harapan saya supaya rakyat dalam DUN Jerteh dapat mengambil manfaat daripada sumbangan yang disalurkan ini.” ujar beliau.

Dalam agihan baru-baru ini, Ustaz Wan Azhar menyalurkan keperluan harian kepada penduduk di Mukim Pelagat, Mukim Kubang Benbam dan Mukim Bukit Kenak.

Operasi pengagihan yang dibuat bermula 12 Jun yang lepas sehingga semalam terakhir di JPKK Padang Landak.