Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Bulan Mustajab, Titipkan Doa Buat Puan Rozilawati

212 views
SHARE

Bulan Mustajab, Titipkan Doa Buat Puan Rozilawati

PUNCAK ALAM-6 Ramadan 1440 rombongan Muslimat PAS Puncak Alam mengadakan ziarah mahabbah ke rumah Puan Rozilawati Hj Hashim. Turut hadir Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Pn. Norhafiza Fadzil Penolong Setiausaha 1 DMPM yang juga mantan calon Ahli Parlimen Kubang Pasu, Kedah PRU ke 14.

Bacaan surah yassin dan ruqyah dipimpin oleh Pn. Norhafiza Fadzil. Selesai bacaan, jemaah membacakan doa buat Puan Rozilawati yang disahkan menghidap barah payudara tahap 4 dengan penuh khusyuk dan penuh pengharapan padaNya.

Ustazah juga memberikan kata semangat dan dorongan kepadanya untuk menghadapi ujian dan dugaan yang dihadapi. Semoga Allah berikan kesembuhan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Ziarah diakhiri dengan sumbangan peribadi oleh Ustazah Nuridah dan sumbangan daripada jemaah yang hadir.