Home Berita PAS Terengganu

Buka Segera Hospital Dungun!

21
SHARE

KUALA TERENGGANU – Seluruh rakyat dalam daerah Dungun menggesa agar kerajaan membuka segera hospital baharu yang masih belum beroperasi sehingga hari ini.

Yang Dipertua PAS Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata, isu kelewataan hospital tersebut sudah terlalu lama bahkan tarikh baru yang dijanjikankan sudah habis tempohnya.

“Antara jawapan yang telah di umumkan oleh menteri pada sidang dewan rakyat yang lepas, pada 18 November 2021, di katakan telah siap 98.2% dan dijangka beroperasi pada April 2022.

“Manakala pada 19 September 2023 pula di katakan telah siap 99.86% dan dijangka beroperasi pada hujung Februari 2024.

“Hari ini sudah masuk hari ke-4 kita keluar dari bulan Februari 2024, malangnya didapati bahawa Hospital Dungun masih belum beroperasi sehingga kini.” tegasnya.

Ahli Parlimen Dungun itu berucap demikian dalam sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam,

Beliau yang membawa suara rakyat Dungun kesal dengan isu terbabit yang berlarutan lama sekian, dan mohon pihak Menteri berkenaan beri penjelasan berkenaan tarikh baru kemudahan kesihata itu akan dibuka secara rasmi.

“Selain itu, beliau memandangkan pembinaan hospital ini memakan masa yang terlalu lama. Pohon penjelasan sama ada jumlah kemudahan dan doktor pakar yang bakal berkhidmat di hospital itu agar dikemas kini supaya mampu menampung keperluan penduduk Dungun yang berjumlah hampir 190,00 orang.” tambah beliau