Home Berita PAS Terengganu

Budayakan hijab di kalangan wanita

10
SHARE

DUNGUN – Menutup aurat yang sempurna adalah arahan Allah kepada wanita beragama Islam yang masih ramai lagi golongan itu tidak melaksanakannya.

Ketua Muslimat PAS Dungun, Khairiah Mokti berkata kerajaan Negeri Terengganu bersungguh-sungguh untuk membudayakan hijab di kalangan wanitanya.

“Bersempena Hijab Day, Terengganu juga mengambil roh ini, semangat ini dengan menyebarkan dakwah kita dengan mengadakan program-program dan acara – acara sempena Hijab Day,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Taklimat Karnival PAS Dungun di Dewan Bangunan DUN Sura di sini pada Khamis, 1 Februari.

Dalam taklimat tersebut beliau menyatakan bahawa slot Muslimat yang akan mengisi hari ketika karnival adalah untuk meraikan petugas-petugas parti yang telah bekerja untuk kejayaan PAS mencapai kemenangan 40 kosong.

“Kita hendak beri hadiah kepada muslimat, jadi kita sediakan hadiah – hadiah menarik untuk cabutan bertuah dan acara – acara yang diadakan,” ujarnya.