Home Berita PAS Pulau Pinang

Bubur lambuk PAS Bayan Baru

75
SHARE

Bayan Baru, 24 April: PAS Kawasan Bayan Baru bersama dewan-dewan PAS kawasan tersebut telah menganjurkan program edaran bubur lambuk untuk penduduk di sini.

Program bermula seawal jam 3:00 petang dengan aktiviti penyediaan bubur lambuk dan pembungkusan beramai-ramai di astaka Sungai Nibong.

Sebanyak 448 bungkus bubur diedarkan kepada orang ramai di sekitar kawasan Long Wan Sungai Tiram dan kepada penunggang kenderaan berdekatan markaz PAS Sungai Tiram.

Edaran juga dilakukan oleh YDP Kawasan, saudara Iszuree Ibrahim kepada golongan barisan hadapan yang sedang bertugas di balai polis dan balai bomba Bayan Baru.

Beliau yang juga merupakan setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang (BPPNPP) bersyukur dengan kegembiraan mereka yang menerima bubur lambuk yang diedarkan.

Menurut pengarah program, saudara Affandy bin Mohamed Ibrahim program ini telah mendapat banyak pujian daripada masyarakat.

Beliau yang juga merupakan NYDP kawasan menyatakan bahawa program wajib tahunan di bulan Ramadhan ini akan terus diadakan dalam usaha memperkenalkan PAS Kawasan Bayan Baru kepada masyarakat di sini.