Home Berita PAS Perlis

Bubur Lambuk Legend Projek Dana Pilihanraya Muslimat Perlis.

1483
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Setiap kali menjelang Ramadhan, rakyat negeri Perlis khususnya yang tinggal di kawasan Kangar, pastinya akan berkunjung ke Kompleks PAS Perlis bagi mendapatkan bubur lambuk yang diedarkan di situ.

Ini kerana, bubur lambuk yang disifatkan sebagai ‘legend’ itu memiliki rasa yang sangat sedap dan unik, berbeza dengan mana-mana bubur lambuk yang terdapat di negeri ini manakala edarannya pula amat terhad iaitu pada bulan Ramadhan sahaja.

Namun, bersempena Sambutan Ulangtahun ke 9 Ma’had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MILAD MATIN) yang berlangsung pada 26 hingga 28 Januari 2018, orang ramai berpeluang mendapatkan bubur lambuk legend ini yang dijual oleh Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis.

Pengarah JPrDMPNPs, Husna Hashim berkata, projek jualan ini berkonsepkan ‘membeli sambil menderma’, iaitu keuntungan yang diperoleh akan disalurkan ke dalam dana pilihanraya DMPNPs.

“Orang ramai bolehlah mengunjungi gerai bernombor 11 di tapak gerai MILAD MATIN, yang dikendalikan oleh Lajnah Ekonomi DMPNPs bagi mendapatkan bubur lambuk ini.

“Selain daripada aktiviti jualan, kami juga membuka peluang seluas-luasnya kepada para penyumbang untuk menyumbang bagi mengisi dana pilihanraya DMPNPs menerusi akaun Bank Muamalat bernombor 0901 0017 5747 28 (Dewan Muslimat PAS Perlis),” katanya.