Home Berita PAS Sabah

BSBJ PASTI Lahad Datu beri saingan sengit

27
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
15 Ogos 2023

LAHAD DATU: Kejohanan Bola Sepak Bola Jaring (BSBJ) peringkat kawasan PASTI Lahad Datu, di sini kelmarin beri saingan sengit antara satu sama lain.

Ketua Dewan Pemuda PAS Lahad Datu, Landari Labobo berkata, terdapat satu perubahan ketara bagi kejohanan kali ini di mana setiap kontijen mampu bersaing antara satu sama lain.

Menurutnya, walaupun ada PASTI yang mempunyai bilangan pelajar yang sedikit, namun mereka mampu memberi saingan kepada PASTI yang lama dan mempunyai bilangan pelajar yang ramai.

“PASTI yang sedikit muridnya ini adalah PASTI baharu ditubuhkan, namun amat mengejutkan apabila mereka mampu membawa pasukan sehingga ke separuh akhir.

“PASTI Permata Kasih dan Al Haqq antara yang menonjol pada kejohanan kali ini, walaupun baharu tapi mampu menyingkirkan PASTI yang sudah lama bertapak di Lahad Datu pada peringkat kumpulan,” ujarnya yang juga Pengerusi PASTI Lahad Datu.

Sementara itu, Pengarah program, Mohd Hilmi Hairie berkata, ini adalah suatu persaingan yang sihat.

“Dengan adanya saingan baharu ini, membuktikan dominasi kemenangan itu tidak hanya tertumpun kepada PASTI lama sahaja malah pesaing baharu juga mampu melakar nama.

“Pesaingan ini membolehkan kita melahirkan lebih ramai murid yang mungkin tidak cemerlang dari segi rohani tetapi berkebolehan dari aspek jasmani,” katanya.

Juara perlawanan bola sepak dalam kejohanan ini dimenangi oleh PASTI Al Falah, manakala bola jaring pula dimenangi oleh PASTI An-Najah.

Turut hadir sama Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Lahad Datu, Ustaz Zaki Ibrahim bagi merasmikan kejohanan tersebut.