Home Berita PAS Sabah

Briged Muslimat sertai Program Beach Clean Up

1156
SHARE

Larni Binti Alipapsan
26 Julai 2020

PUTATAN : Briged Muslimat Kawasan Putatan menyertai “Program Beach Clean Up” yang dianjurkan oleh Trash Hero Borneo pada pagi tadi di Pantai Lok Kawi Meruntum, Putatan.

Seramai 6 orang anggota Briged Muslimat diketuai oleh Nurhayati Sutekno merangkap Ketua Briged Muslimat Putatan menyertai program yang bermula pada jam 8.00 pagi melibatkan seluruh kawasan pantai tersebut.

“Program seperti ini perlu dilaksankan lagi pada masa akan datang kerana ia memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya menjaga kebersihan pantai demi keselesaan dan kesihatan masyarakat.” Kata Nurhayati

Tambahnya lagi, masyarakat perlu bersatu hati dalam menjaga kebersihan pantai ini kerana ia akan menjejaskan habitat haiwan yang tinggal di situ dan memberi pemandangan buruk sekiranya tidak dijaga dengan baik.

Turut hadir bersama dalam menjayakan program ini adalah 48 orang sukarelawan yang terdiri daripada wakil Jabatan Amal Malaysia serta persatuan – persatuan bukan kerajaan (NGO) sekitar Putatan dan berjaya mengutip sebanyak 1005 kilogram sampah.