Home Berita PAS Pulau Pinang

Bridget Muslimat Permatang Pauh Anjur Program ‘Hiking’ Mahabbah Bukit Shuling

1600
SHARE

Oleh : Nor Hazirah Hamidon

17 Feb 2019 l Ahad l Permatang Pauh

Bridget Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh telah berjaya menganjurkan Program ‘Hiking’ Mahabbah di Bukit Shuling, Permatang Pauh, Pulau Pinang dengan mengumpulkan seramai 69 orang peserta dari kalangan ahli PAS dan masyarakat umum. Program ini turut di sertai oleh beberapa orang pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh.

Program yang bermula pada jam 7.30 pagi itu dimulai dengan sesi pendaftaran, taklimat ringkas daripada unit keselamatan, sarapan pagi dan ‘warming up’. Peserta dilepaskan selepas bacaan doa pada jam 8.30 pagi.

Program ‘Hiking’ Mahabbah ini bertujuan untuk mentadabur alam dan memperlihatkan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT yang telah menciptakan alam yang serba indah ini.

Selain itu, program ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli Briged Muslimat Permatang Pauh dengan masyarakat serta menitik beratkan aspek kesihatan tubuh badan.

Sesampainya di puncak, program diteruskan dengan tazkirah ringkas oleh Ustazah Siti Mastura Mohamad yang menyentuh tentang nikmat kesihatan yang perlu disyukuri. Seterusnya ucapan daripada Pengarah program Puan Rafidah Abd Razak yang melahirkan penghargaannya kepada peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Kemudian program diceriakan lagi dengan aktiviti ‘ice breaking’ untuk merapatkan ukhuwwah sesama peserta dan AJK program. Dalam slot ini, peserta juga diperkenalkan tentang Briged Muslimat terutamanya dari aspek peranan dan tanggungjawabnya kepada masyarakat.

Sebelum mengakhiri program dengan sesi bergambar, Ustazah Norhapiza Saad selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh menyampaikan ucapan penghargaan dan kalam nasihat buat para peserta dan AJK pelaksana.

Program yang bermanfaat sebegini akan diteruskan pada masa akan datang untuk memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana.