Home Artikel PAS Sabah

BPH platform lahirkan wartawan PAS.

187 views
SHARE

Oleh : Dayana Damsah
14 April 2019

KALABAKAN : Bengkel Penulisan Haraki (BPH) yang telah berlangsung di PASTI Nur Islah, Semporna semalam dilihat mampu melahirkan wartawan dalam kalangan ahli PAS.

Ia telah dinyatakan oleh Pengarah Program, Aizal Samsaruddin ketika berucap dalam ucapan penutupan dalam program berkenaan.

Program yang merupakan anjuran peringkat Zon Tawau itu melibatkan 30 orang peserta dari beberapa buah kawasan termasuk Silam, Semporna, Kalabakan dan Tawau.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Mustaman Mustain telah dijemput sebagai penceramah bagi mengisi slot yang telah disusun.

Tambah Aizal, BPH ini diadakan sebagai medan mengasah bakat penulisan peserta bagi melaporkan program, isu-isu setempat dan hal-hal yang berkaitan PAS di peringkat masing-masing melalui berita.

Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Semporna berharap agar program ini menjad batu loncatan untuk lebih ramai ahli PAS mahir dalam bidang penulisan.