Home Berita PAS Pulau Pinang

BPH: Jentera Penerangan bersiap menuju PRU14

1179
SHARE

Oleh : AJAM AL-ARABIA

NIBONG TEBAL: 04 Mac 2018, PAS Kawasan Nibong Tebal telah mengadakan Bengkel Penulisan Haraki (BPH) untuk jentera penerangannya di Pejabat Kompas Nibong Tebal, Taman Seri Acheh, di sini hari ini.

Bengkel dikendalikan Lajnah Penerangan dan Hubungan Media itu dihadiri 25 peserta yang bertujuan melatih penulisan bersistematik, bermaklumat dan ilmiah, selain teknik penulisan asas.

Topik utama dalam bengkel sehari ini adalah pemberitaan, draf kenyataan media rasmi dan pengurusan isu yang disampaikan Pengarang HarakahDaily, Ustaz Izwan Abdul Halim.

Menurut Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff, menerusi bengkel tersebut diharap meningkatkan bilangan penulisan berita aktiviti PAS untuk ditular kepada masyarakat.

Hadir sama merasmikan dan memberi suntikan motivasi kepada peserta ialah Yang Di Pertua PAS Nibong Tebal, Mohamad Ahmad serta beberapa pimpinan PAS Nibong Tebal.