Home Kenyataan Media PAS Selangor

Boikot Produk Tanda Protes Kebiadaban Presiden Perancis – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

388
SHARE

Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

  1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menggesa semua pihak sama ada peringkat kerajaan, syarikat-syarikat perniagaan, pertubuhan dan seluruh rakyat yang prihatin isu penghinaan Rasulullah SAW oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk memboikot produk Perancis sebagai tanda protes kebiadaban yang dilakukan tersebut.
  2. Sikap beliau yang mempertahan kelakuan seorang guru yang menayangkan karikatur penghinaan Rasulullah SAW dan menganggap ja sebagai satu kebebasan adalah moral yang buruk lagi tidak boleh diterima sama sekali.
  3. Jika maksud kebebasan sehingga membenarkan kelakuan menghina maka ia bukan lagi kebebasan namun hakikatnya ia adalah pelampau dan biadab. Kebebasan yang membuka ruang kepada penghinaan mana-mana agama adalah tindakan yang mengundang kebencian dan hanya mendatangkan kerosakan ke atas keharmonian hidup manusia sejagat yang berbilang kaum dan pelbagai agama.
  4. DPPNS menyokong sepenuhnya seruan Presiden PAS dalam kenyataan media beliau dalam isu ini untuk kita memboikot produk keluaran Perancis supaya mengajar Presiden Perancis yang biadab malah cuba menjadikan insiden pembunuhan guru yang menghina Rasulullah SAW oleh seorang pelajar Chechnya sebagai isu Islam Radikal bagi menyemarakkan lagi sentimen Islamphobia.
  5. Bagi menjayakan dan menggerakkan kempen boikot ini, DPPNS mengarah semua Pemuda Kawasan untuk menghidupkan seruan kempen ini di media-media sosial khususnya bagi memberikan penerangan dan kesedaran kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
  6. Kita perlu menolak sikap biadab. Tidak kira siapa pun, kebebasan bukanlah tiket untuk menghina mana-mana agama. Malahan Islam sendiri melarang penganutnya menghina atau mencela penganut agama selain Islam.

Firman Allah SWT :

(وَلَا تَسُبُّوا۟ ٱلَّذِینَ یَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَیَسُبُّوا۟ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَیۡرِ عِلۡمࣲۗ

Maksudnya :
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. – [Surah Al-An’am 108]

Memimpin Negara
Pemuda Bangkit Demi Islam

Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

28 Oktober 2020 l 11 Rabiul Awwal 1442H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor