Home Berita PAS Terengganu

BN Berjanji Lagi Setelah Gagal Selama 20 Tahun Di Sabah

9
SHARE

Barisan Nasional (BN) memerintah Sabah selama lebih 20 tahun selepas menumbangkan PBS pada 1994 melalui gabungan parti dan lompat parti.

Selama dua dekad pentadbiran BN Di Sabah, meninggalkan warisan kegagalan yang nyata dengan pelbagai masalah menghantui kehidupan warga ‘Darul Dibawah Bayu’.

Namun begitu, pada Pilihan Raya Ke-17 kali ini, Presiden Umno Yang juga Pengerusi BN Zahid Hamidi berjanji lagi untuk meraih undi, tanpa segan, tanpa silu dan dan tidak langsung merasa bersalah.

Antara isu-isu utama yang sering dikaitkan Dengan kelemahan dan kegagalan pentadbiran BN di Sabah, termasuk infrastruktur, kemiskinan, pengurusan tanah, keselamatan, integriti Dan kebergantungan kepada Kerajaan pusat.

1. Infrastruktur Sabah Yang Ketinggalan

Walaupun Sabah mempunyai hasil dan potensi besar, banyak kawasan luar bandar masih berdepan dengan masaah infra yang tidak berkesudahan.

Jaringan jalan raya tidak menyeluruh dan bannyak kawasan luar bandar seperti Pedalaman, Pensiangan, Tongod, Kinabatangan, Kalabakan dan Tawau, masih mempunyai jalan tanah atau bath kisaran yang rosak teruk.

Kesannya secara langsung kepada warga Sabah, tiada akses atau sukar mencapai kawasan sekolah, hospital, pasar, dan logistik pertanian jadi perlahan.

2. Bekalan Air Bersih Tidak Stabil

Bekalan air bersih adalah antara isu paling kritikal di Sabah, bukan sahaja di kampung-kampung, malah ketidakcukupan air dialami, daripada sekolah rendah hingga ke menara gading.

Kawasan-kawasan yang dianggap maju, seperti di pantai barat dan seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang pun pernah alami gangguan bekalan.

Pemerintahan BN selama 20 tahun tidak dapat membah loji rawatan air yang mencukupi selain gagal menambahbaik keseluruhan paip yang sangat lama dan mengakibatkan banyak kebocoran.

Umm BN yang turut menguasai Putrajaya pada tempoh pentadbiran Di Sabah, gagal membuat unjuran peningkatan populasi masakini yang melebihi kapasiti pengeluaran air bersih.

3. Bekalan Tenaga Elektrik Liputan Internet Tidak Sekata

Banyak kampung masih bergantung kepada generator, samada tiada bekalan atau elektrik tidak stabil.

Sabah mengalami defisit bekalan elektrik kerana beberapa loji bebas tenaga (IPP) tidak dapat beroperasi sepenuhnya, misalnya masalah teknikal di IPP seperti Kimanis Power dan lain-lain.

Keadaan ini menurunkan rizab tenaga dalam grid Sabah, menjadikan bekalan elektrik mudah terganggu.

Bila rizab rendah, SESB (Sabah Electricity) terpaksa melakukan catuan untuk menstabilkan grid sehingga Sabah pernah mencatat antara kadar gangguan elektrik tertinggi di Malaysia.

Liputan internet 4G/5G di pedalaman sangat lemah, menjejaskan pendidikan dan perniagaan.

Gangguan Menara Telekomunikasi: Bila bekalan elektrik terputus atau tidak stabil, menara telekomunikasi mungkin tidak berfungsi dengan baik, menyebabkan gangguan rangkaian (data / suara) atau menara mungkin offline.

Kos Operasi ISP: Untuk menstabilkan penyediaan kuasa ke menara, ISP atau pengendali menara mungkin terpaksa menggunakan genset atau bateri (backup), yang meningkatkan kos operasi.

Kos Tambahan untuk Pengguna: Jika ISP menaikkan kos operasi, mungkin akan ada tekanan untuk menaikkan yuran penyelenggaraan, caj penggunaan, atau pelaburan lebih tinggi supaya coverage dapat ditingkatkan.

Kelewatan Sambungan Internet di Kawasan Luar Bandar: Kawasan luar bandar yang sudah susah dari segi elektrik mungkin lebih lambat mendapat infrastruktur internet atau liputan yang stabil kerana kos dan risiko yang tinggi bagi ISP