Home Artikel PAS Selangor

Bingkisan Rida’ Di Bahu Ketua Dewan Ulama PAS Selangor – Berpolitik Cara Islam

377
SHARE

Berpolitik Cara Islam amatlah jauh berbeza dengan Berpolitik Tanpa Panduan Agama. Ia melangkaui sistem moral & integriti yang difahami dunia sekarang.

Politik Islam adalah Politik Aqidah, Akhlak & Syariat. Dosa Pahala, Syurga Neraka. Tegakkan dan tadbir Islam di muka bumi Allah.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Imran ayat 19

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَٰمُۗ وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِ‍َٔايَٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ
“Sesungguhnya agama (cara hidup : yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.”

Penghayatan Islam sebagai Ad-Deen iaitu system kehidupan yang menyeluruh dan lengkap. Ia termasuk dalam lapangan politik dan pemerintahan yang turut dipandu dan tertakluk dengan perintah Allah SWT, suruhan agama, perintah dan larangannya.

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan