Home Berita PAS Selangor

Bingkisan Rida’ Di BahuDewan Ulama PAS Negeri Selangor – Pengorbanan Itu Kemuncak Kesabaran

792
SHARE

Firman Allah swt dalam surah az- Zumar ayat 10,

قُلۡ یَـٰعِبَادِ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمۡۚ لِلَّذِینَ أَحۡسَنُوا۟ فِی هَـٰذِهِ ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣱۗ وَأَرۡضُ ٱللَّهِ وَ ٰ⁠سِعَةٌۗ إِنَّمَا یُوَفَّى ٱلصَّـٰبِرُونَ أَجۡرَهُم بِغَیۡرِ حِسَابࣲ

Maksudnya, “.. Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.

Setiap kali anjuran pengorbanan yang dituntut oleh Allah swt ia adalah sebenarnya kemuncak daripada setiap kesabaran.

Kerna maksud sabar itu hakikatnya adalah melawan dan menahan diri daripada segala apa yang dibenci oleh nafsu syahwat.

Adapun maksud pengorbanan pula ialah satu perkara yang dilakukan yang tidak berkepentingan dan tiada berharap imbuhan mahupun balasan kebendaan dan kepentingan lain kecuali hanya kerana mengharapkan ganjaran Allah swt.

Sudah pasti bahawa, setiap perkara yang tidak disenangi oleh nafsu syahwat, sememangnya satu perkara yang amat berat untuk dilepaskan melainkan menerusi pengorbanan sahaja maka dilema syahwat dan kehendaknya dapat dikalahkan.

Maka dengan itu, pengorbanan itu tercapai apabila sabar itu sampai ke puncaknya dengan kesanggupan untuk menggadaikan segala bentuk kepentingan kebendaan, perasaan dan malah jiwa raga kecuali bertujuan harapan daripadaNya semata-mata.

Justeru, sabar dan pengorbanan adalah kembar dan pasangan yang saling memerlukan antara satu dengan lain.

Marilah kita berusaha memilki jiwa yang sabar lagi utuh agar kita lebih menghayati erti pengorbanan yang sebenarnya.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Ulangtahun ke 32 Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor”

Penulis adalah Pengarah Pilihanraya Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

23 Julai 2020 bersamaan 2 Zul Hujjah 1441H

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan