?Merdeka merupakan suatu perkara yang diinginkan oleh semua pihak kerana ia boleh melempiaskan segala keinginan tanpa sebarang batasan. Namun, hakikat yang perlu disedari ialah tidak mungkin semua keinginan manusia wajar dipenuhi. Manusia terpengaruh dengan hawa nafsu dan emosi sehingga cenderung membuat keputusan untuk kepentingan diri sendiri berbanding untuk kepentingan bersama.
?Atas dasar ini, manusia memerlukan agama untuk membimbing manusia membuat keputusan dalam kehidupan yang lebih adil untuk semua manusia. Apabila manusia melepaskan diri dari ikatan agama dan menjadi liberal, mereka bercakap tentang hak asasi dan kemerdekaan semata-mata untuk melempiaskan keinginan hawa nafsu.
?Islam merupakan agama yang adil dan menjaga hak semua tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Islam boleh membezakan antara keinginan dan hak. Manusia selalu keliru antara kedua perkara ini sama ada secara sengaja atau tidak. Agama yang mendefinisikan dan menentukan manakah hak dan manakah keinginan.
?Hari kemerdekaan ini perlu dihayati dengan semangat kembali kepada agama untuk memandu cara manusia menggunakan kebebasan itu untuk kepentingan manusia keseluruhannya. Dalam Islam, kemerdekaan sebenar ialah kemerdekaan dari penguasaan hawa nafsu dengan kembali kepada panduan wahyu dari Allah.
Salam Kemerdekaan
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
12 Muharram 1442H | 31 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor