Oleh : Ustaz Muhammad Najhan Halim
Firman Allah swt, Surah Al Baqarah ayat 165,
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبًّا لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ
Maksudnya, “..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)..”.
Pengorbanan adalah manifestasi daripada rasa cinta yang amat sangat terhadap sesuatu perkara atau seseorang.
Kesanggupan untuk melakukan pengorbanan itu lahir daripada keluhuran dan tulus sebuah hati sehingga seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja demi untuk membuktikan kecintaannya.
Maka sebab itu, kecintaan yang sebenar tanda ukurnya ialah pengorbanan.
Demikianlah juga setiap pejuang agama itu, yang mencintai Allah, mencintai Rasul dan agama itu menuntut ke tahap untuk melakukan apa sahaja perkara demi kepentingan kepada kecintaan kepada entiti ini.
Maka pejuang itu korbankan harta, masa, jiwa dan perasaannya secara sukarela tanpa paksaan dengan tulus ikhlas demi cinta.
Hadis diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Hisyam ra,
كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم وهو آخذ بيد عمر بن الخطاب فقال له عمر: يا رسول الله لأنت أحب إليّ من كل شيء إلا من نفسي، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: لا والذي نفسي بيده، حتى أكون أحب إليك من نفسك. فقال له عمر: فإنه الآن والله لأنت أحب إليّ من نفسي. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: الآن يا عمر
Maksudnya, ” Seketika kami pernah bersama Nabi saw, maka Nabi saw memegang tangan Umar Ra, lalu berkata Umar Ra , Engkaulah lebih aku cintai daripada segalanya kecuali diriku. Sabda Nabi saw, demi Allah bahawa sehingga Aku lebih cintai melebihi diri kamu sendiri. Berkata Umar Ra, sekarang aku mencintai Engkau daripada segalanya termasuk diriku sendiri. Sabda Nabi saw, baru sekarang betullah cintaimu..”.
[Hadis Bukhari]
Justeru itu, cinta itu adalah pengorbanan dan pengorbanan itu adalah cinta.
Perjuangan untuk menegakkan agama tanpa pengorbanan bererti seseorang itu belum mencintai apa yang diperjuangkannya.
“Islam Memimpin Perpaduan”
“Ulangtahun ke 32 Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor”
Penulis adalah Pengarah Pilihanraya Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
25 Julai 2020 bersamaan 4 Zulhijjah 1441H
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan