Home Berita PAS Selangor

Bingkisan Rida’ Di Bahu | Dewan Ulama PAS Negeri Selangor – Pengorbanan Itu Ada Yang Terpuji Dan Ada Yang Keji

884
SHARE

Oleh : Ustaz Muhammad Najhan Halim

Pengorbanan adalah suatu usaha yang sukar dan berat.

Ia juga merupakan suatu keperluan yang signifikan bagi mencapai sesuatu perjuangan dan cita-cita. Samada perjuangan dan cita-cita yang murni mahupun yang keji, pengorbanan juga dituntut oleh kedua-dua haluan ini.

Maka berkata ulamak, pengorbanan itu ada 2 jenis, iaitu yang terpuji dan yang keji.

Adapun yang Terpuji ialah pengorbanan yang dituntut syarak.

  1. Pengorbanan Jiwa Raga
    Firman Allah swt dalam surah al Baqarah ayat 216,
    كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ
    Maksudnya, “Telah diwajibkan keatas kamu berperang, sedangkan ia sesuatu yang dibenci oleh kamu..”

Allah memberitahu bahawa perintah berperang atau berjihad (mempertahankan Islam dan diri) sememangnya satu perkara yang tidak disukai oleh jiwa manusia. Ia kerana berjihad itu menuntut kesusahan, ketakutan dan kemusnahan serta kehilangan. Akan tetapi sebaliknya juga ia mengandungi kebaikan yang banyak.

Dijanjikan pahala yang besar, selamat daripada azab neraka, berjaya mengatasi kejahatan musuh. Serta beroleh habuan Ghanimah yang dibenarkan.

Ia adalah keuntungan yang besar walaupun ia satu perkara yang tidak disukai.

  1. Pengorbanan Harta
    Firman Allah swt dalam surah al Hadid ayat 10-11

وَمَا لَكُمۡ أَلَّا تُنفِقُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ وَلِلَّهِ مِیرَ ٰ⁠ثُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۚ لَا یَسۡتَوِی مِنكُم مَّنۡ أَنفَقَ مِن قَبۡلِ ٱلۡفَتۡحِ وَقَـٰتَلَۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَعۡظَمُ دَرَجَةࣰ مِّنَ ٱلَّذِینَ أَنفَقُوا۟ مِنۢ بَعۡدُ وَقَـٰتَلُوا۟ۚ وَكُلࣰّا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِیرࣱ

Maksudnya, “..Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? – Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan..”

Ini adalah satu bentuk tarbiyah daripada Nabi saw yang mensyaratkan kesempurnaan keimanan dengan infaq dan mengorbankan harta di jalan Allah.

Pengorbanan menerusi infaq harta adalah adalah kemuliaan dalam sesuatu perjuangan. Ia juga merupakan antara jihad yang utama.

Manakala Pengorbanan yang terkeji ialah perkara yang tidak dianjurkan oleh syarak.

Iaitu pengorbanan dalam perjuangan menegakkan kebatilan.

Pengorbanan yang bertujuan untuk membela amalan juga pendirian jahiliyyah dan bukan bertujuan untuk mencari keredhaan Allah serta bukan di jalan Islam.

Hadis Nabi saw,

جاء رجل إلى النَّبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله! ما القتال في سبيل الله؟ فإنَّ أحدنا يقاتل غضبًا، ويقاتل حَمِيَّةً، فرفع إليه رأسه، قال: وما رفع إليه رأسه إلَّا أنَّه كان قائمًا، فقال: من قاتل لتكون كلمة الله هي العليا، فهو في سبيل الله

Maksudnya, “.. seorang bertanya kepada Nabi saw, apakah yang sebenarnya berjuang di jalan Allah? Kerna ada diantara kami yang berjuang kerana dendam dan marah? Jawab Baginda saw, sesiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah SWT itulah perjuangan (pengorbanan) di jalan Allah..”

[Hadis Bukhari]

Justeru, betulkan pendirian dan halatuju pengorbanan agar ia benar di atas jalan yang akan beroleh pertolongan dan rahmat Allah SWT.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Ulangtahun ke 32 Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor”

Penulis adalah Pengarah Pilihanraya Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

24 Julai 2020 bersamaan 3 Zulhijjah 1441H

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan