معحياتي أرتي كمرديكأن منروسي کاچامات إسلام
Oleh : Ustaz Muhammad Najhan Halim
Firman Allah swt,
ٱلۡیَوۡمَ یَىِٕسَ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ مِن دِینِكُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِۚ ٱلۡیَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِینَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَیۡكُمۡ نِعۡمَتِی وَرَضِیتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِینࣰاۚ
Maksudnya, “..Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu…”
“…ڤد هاري أورغ٢ كافر تله برتوس اسا مميسوعكن كامو درڤد اوگام كامو ستله مليهت ڤركمباعن إسلام دان أومتث. سبب ايت جاعنله كامو تاكوت كڤد مريك مك تاكوتله كڤدكو.
ڤد هاري أين اكو سمڤرناكن باگي كامو أكام كامو دان اكو چوكوڤكن باگي كامو نعمتكو دان اكو ريضا إسلام سباگاي اگام كامو…”
[Surah Al-Ma’idah 3]
المآئدة أية ٣
Setiap jiwa mahukan dan impikan kemerdekaan. Tiada insan mahupun binatang rela dikongkong dan dibelenggu daripada kebebasan samada dengan kekerasan mahupun kezaliman.
ستياڤ جيوا ماهوكن دان إمڤيكن كمرديكأن. تياد إنسان ماهوڤون بيناتع ريال دكوعكوع دان دبلنعو درڤد كبيباسن سمأد دعن ككراسان اتو كظاليمن.
Ada pihak menganggap kemerdekaan itu adalah bebas daripada penjajah. Ada pula menganggap bebas itu adalah bebas sebebas-bebasnya daripada sebarang bentuk ikatan hatta bukan hanya daripada undang-undang tetapi perintah agama.
اد ڤيهق مععگڤ كمرديکأن ايت بيباس درڤد ڤنجاجه. اد ڤولا كمرديكأن ايت بيباس سبيسث درڤد سياره بنتوق إيكاتن سمأد أنداع٢ دان ترماسوق أگام.
Justeru itu adalah satu perkara yang amat kritikal bahawa pengertian kemerdekaan wajib difahami dengan sebenar agar tidak tersasar. Ini kerana tafsiran yang tersasar menjurus kepada tindakan yang salah dan merugikan.
جسترو إيت ساتو ڤركارا يع امت ڤنتيع يائت ڤعرتيان كمرديکأن ڤرلو دفاهامي دعن سبنرث. إين كران تفسيران يع ساله منجوروس تينداقكن يع ساله.
Secara asasnya menurut Islam, kemerdekaan itu selama ia merdeka dan bebas daripada sebarang ikatan penyembahan sesama manusia dan kezaliman dan hanya tunduk kepada pengabdian dan penyembahan kepada Allah SWT semata-mata.
سچارا أساسي منوروت إسلام ، مرديكا ايت اساله بيبس درڤد سبارع ڤيمباهن سسام مأنسيا دان كظاليمن دان هاث تندوف كڤد الله سهاج.
Maka, selama mana manusia masih lagi tunduk kepada sesama manusia dalam mengingkari Allah swt dan ajarannya, selama itulah manusia masih belum merdeka dalam erti kata sebenar. Walaupun mereka telah dimerdekakan oleh manusia menerusi penjajahan fizikal, negara pemikiran atau sesiapa sahaja.
مك سلام مأنسيا ايت توندوق كڤد مأنسيا دالم معيعكاري الله، مك دي بلوم مرديكا . سكاليڤون مريكا ايت دمرديكأن أوله ڤنجاجه.
Sambutan hari kemerdekaan negara kita tercinta pada tahun ini sewajarnya difahami menerusi maksud yang lebih tepat agar perjuangan kemerdekaan yang diusahakan oleh para pejuang terdahulu tidak disia-siakan oleh generasi kini.
سمبوتن هاري كمرديكأن نگارا كيت ڤد تاهون إين سواجرث دفاهامي دعن مقصود يع لبيه تڤت. أكبر ڤرجواعن كمرديكأن يع دأوسهاكن أوله ڤجواع ترداهولو تيدق دسيا٢كن.
Semoga kita dikurniakan oleh Allah swt nilai kemerdekaan yang berterusan samada penjajahan fizikal dan mental serta dianugerahi kemakmuran dan keberkatan-Nya.
سموگا كيت دأنوگراهي نيللي كمرديكأن يع برتروسان دان أنوگره كمعموران دان كبركاتن الله .
“Malaysia Prihatin”
“Islam Memimpin Perpaduan”
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2020
Penulis adalah Pengarah Pilihanraya Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
7 Ogos 2020 bersamaan 17 Zulhijjah 1441H.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan