Ustaz Haji Ibrahim Haji Omar EXCO Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor atas penganugerahan Anugerah Keluarga Haraki sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kapar kali ke 36 pada hari ini 26 Julai 2020 di Dewan Putra Kampung Delek Klang.
Anugerah ini disampaikan oleh Yang Dipertua PAS kawasan Kapar Ustaz Noor Najhan Mohd Salleh.
Anugerah yang berprestij ini satu pengiktirafan kepada Ustaz Haji Ibrahim atas kesungguhan beliau dan contoh yang perlu diteladani oleh semua pihak bagi memastikan anggota keluarga turut aktif dan terlibat dalam perjuangan Islam.
Tahniah Ustaz Haji Ibrahim bin Haji Omar, EXCO Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor daripada seluruh Kepimpinan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.
5 Zulhijjah 1441H | 26 Julai 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan