Home Berita PAS Selangor

Bincang isu vaksin bersama Timbalan Menteri MOSTI – Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

118
SHARE

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Putrajaya | Satu kunjungan hormat dan pertemuan rasmi Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS), bersama YB Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi telah diadakan di di pejabat beliau di Putrajaya.

Khidmat Malaysia Negeri Selangor diwakili Ustaz Noor Najhan Salleh Pengerusi KMNS, Shehdi Hazrik Shamsudin Timbalan Pengerusi dan Rushdan Rusmi Bendahari telah membentangkan gerakan kerja Task Force Kemanusiaan COVID-19 yang dilaksanakan tahun lepas diperingkat Negeri Selangor.
Memetik ulasan Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor Ustaz Noor Najhan, “KMNS telah menyampaikan rasa kebimbangan peningkatan kes jangkitan wabak COVID-19 terutama di Negeri Selangor pada tahap tertinggi ketika ini dan kini bersedia untuk bergerak dalam kekuatan yang sama bersama NGO-NGO dan KM Kawasan di seluruh Selangor bagi membantu menyampaikan sumbangan kepada agensi kerajaan dan masyarakat yang terkesan dalam PKP 3.0 kali ini”.
Dalam pertemuan tersebut, YB Timbalan Menteri memaklumkan dalam mengatasi wabak kali ini, kerajaan talah mengerakkan kempen pengambilan Vaksin di seluruh negara dan Malaysia antara negara membangun yang terawal membuat pembelian vaksin untuk diberikan percuma kepada rakyatnya.

Sejumlah 12 juta lagi vaksin jenis Pfizer akan diterima berperingkat pada bulan Jun ini dan program vaksinasi atau imunisasi akan dibuat secara menyeluruh di setiap daerah bermula bulan Julai nanti dan sukarelawan diperlukan bagi melancarkan perjalanan program Jom Vaksin dengan tema Lindung Diri, Lindung Semua.
YB Timbalan Menteri turut menyatakan persetujuan agar semua sukarelawan NGO di bawah Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal mendaftar sebagai Sukarelawan MyVac agar usaha ini disambut di setiap peringkat dan dilihat sebagai usaha bersama rakyat dan kerajaan bagi mencapai “Herd Immunity”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor