Home Berita PAS Terengganu

Bina jati diri dan fikrah pimpinan muslimat

15
SHARE

Oleh: Nasihah Mustafa

BESUT – Pemimpin muslimat sewajarnya memperkuat dan memperkasa jati diri serta fikrah yang mencerminkan pentingnya pembinaan individu dalam perjuangan Islam.

Pengerusi As-Sabiqat Muslimat PAS Terengganu, To’ Puan Ustazah Zaitun Salleh menjelaskan, mereka juga mesti mengosongkan hati dan jiwa dari sikap dan sifat mazmumah serta bersihnya dengan ciri mahmudah.

” Oleh itu kita kena sentiasa ikhlas dan niat hanya kerana Allah, sentiasa pelihara iman, pelihara jiwa dan pelihara fikrah kita,” katanya.


Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Muslimat Kuala Nerus berkata demikian ketika berucap di Program Tamrin Qiadi Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut yang diadakan di Damai Beach Resort selama dua hari iaitu 26 dan 27 Oktober 2023.

Sementara itu, menurut Ketua Muslimat PAS Besut, Ustazah Fadilah Syed Hamid, program intensif itu melibatkan pengajaran, diskusi, dan amalan spiritual.

” Tujuannya untuk meningkatkan pemahaman dan komitmen para peserta terhadap perjuangan dan nilai-nilai Islam,

“program ini memberi kami peluang untuk merenung dan memperkasa diri secara peribadi dalam melahirkan pemimpin yang kukuh dan berfikiran tajam, serta memperjuangkan nilai-nilai Islam dalam masyarakat,” jelasnya lagi.