Home Berita PAS Selangor

Bila MURABBI UMMAH Berbicara – Siri 12

1117
SHARE

Taubat adalah satu rahmat besar yang dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman.

Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang membuka seluas-luasnya pintu taubat kepada manusia dari segala dosa kecil atau besar, maka tidak ada ruang dan peluang lagi untuk manusia berputus asa daripada rahmat Allah.

Bertaubatlah dengan penuh ikhlas dan jujur kepada Allah, bukannya dengan bermain-main.

Para ulama menyatakan bahawa taubat nasuha (yang bersungguh-sungguh) mestilah mengandungi tiga syarat.

1) Hendaklah meninggalkan dosa yang dilakukan.
2) Hendaklah menyesal di atas dosa yang dilakukan.
3) Hendaklah berazam bahawa tidak akan melakukan lagi dosa itu.

YB DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#MalaysiaSejahtera
#MuafakatNasional