Al-Quran adalah kemuncak ilmu yang dikurniakan Allah kepada manusia dengan kadar yang cukup mengikut keperluan zaman, tempat dan keadaan.
Al-Quran telah menceritakan kepada kita bahawa Allah mengajar ilmu kepada Nabi Adam yang ditugaskan di bumi sebagai khalifah.
Ilmu yang diberikan itu membolehkan manusia melaksanakan tugas di muka bumi yang tidak sesuai dengan sifat kejadian para malaikat yang telah ditetapkan dengan tugas tersendiri.
YB DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan