Home Berita PAS Terengganu

Bidong Trail Fun Run himpun 1,500 pelari

6
SHARE

SETIU – Bidong Trail Fun Run yang berlangsung pagi tadi berjaya menghimpunkan 1,500 peserta pelbagai lapisan umur.

Bermula seawal jam 8.00 pagi, acara larian anjuran Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) itu menawarkan laluan sejauh 4.2 kilometer kepada penggemar adrenalin.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim, laluan tersebut menyajikan denai mencabar dikelilingi suasana alam semula jadi yang menghijau dan memukau pandangan.

“Apa yang pasti, debu-debuan tak boleh dielakkan sama sekali.

“Acara ini bukan sahaja berperanan mempromosikan gaya hidup sihat bahkan turut memperkenalkan keindahan khazanah alam semula jadi yang terdapat sekitar Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong,” jelasnya menerusi satu hantaran di halaman Facebook miliknya, hari ini.

Beliau yang menyempurnakan pelepasan Bidong Trail Fun Run, hadir bersama timbalannya, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli dan pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahaya.

Hishamuddin turut merakamkan ucapan terima kasih semua peserta yang menyertai acara berkenaan bagi memeriahkan sambutan Karnival TIEP sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Keputeraan KDYMM Al-Wathiqu Billan Sultan Mizan Zainal Abidin.