Home Berita PAS Perlis

‘Biadap dan keterlaluan!’

337
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 30 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis semalam telah membuat laporan polis terhadap Iswardy Morni berhubung satu perkongsian video yang tular di laman sosial Facebook menggunakan nama Iswardy Morni Official.

Laporan dibuat oleh ketua pemudanya, Ustaz Muhammad Azmir Azizan di IPD Arau, dekat sini.

Beliau hadir bersama-sama dengan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perlis, Haziq Asyraf Dun dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau, Amrul Amri Chan.

Muhammad Azmir ketika ditemui berkata, penyiaran rakaman video berkenaan berniat jahat dan amat keterlaluan kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“DPPNPs memandang serius isu ini (menghina YDPA) kerana tindakan individu berkenaan menggunakan bahasa biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong sama sekali tidak boleh diterima.

“Bukan sahaja berlagak kurang ajar, Individu berkenaan turut membuat tuduhan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak membuat apa-apa untuk menangani pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara serta menyebut “lawan tetap lawan, Tuanku”.

“Justeru, DPPNPs memohon pihak berkuasa agar membuat siasatan segera berkenaan kandungan video ini dan tindakan yang tegas hendaklah diambil sekiranya didapati bersalah,” katanya.