Home Artikel PAS Selangor

Better Beer Festival 2017 diharamkan

433
SHARE

DBKL mengumumkan bahawa permohonan penganjuran “Better Beer Festival 2017” telah ditolak. Pesta Arak besar-besaran itu dirancang diadakan di Publika Jalan Dutamas KL bermula 7 Oktober ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada masyarakat sivil khasnya majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam kerana telah bangkit menghantar bantahan kepada pelbagai pihak termasuklah ke DBKL sendiri.

Pemuda PAS antara yang paling vokal membantah program maksiat ini.

Mari kita tunjukkan kepada mereka yang tidak sensitif terhadap budaya dan amalan masyarakat Islam bahawa kita punya suara majoriti. Jika kita bersatu menolak kemungkaran dan maksiat demi membina masyarakt yang sejahtera dan selamat, tiada siapa dapat menghalang kita.

Masyarakat bukan Islam berhak meminum arak. Ia tidak menjadi bantahan. Tetapi apabila menganjurkan pesta besar-besaran seumpama ini ia seakan mencabar dan mencemar Islam sebagai agama Persekutuan serta menganggu ketenteraman masyarakat majoriti Islam.

Syabas DBKL dan semua yang terlibat. Maruah Islam dipertahankan oleh umatnya!