Home Berita PAS Sabah

Bersukan medium terap perkembangan psikomotor dan sosial pelajar

119
SHARE

Oleh : Ahmad Li
16 Oktober 2022

BEAUFORT: Aktiviti sukan salah satu medium untuk menerapkan aspek perkembangan psikomotor dan sosial murid-murid yang sangat diperlukan pada fasa usia kanak-kanak.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Beaufort, Asrul Samat, bersukan merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW untuk memelihara dan menjaga kesihatan tubuh badan.

“Program ini adalah untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga PASTI Beaufort yang terdiri daripada murid, ibu bapa dan pengurusan.

“Ia juga perlu menjadi satu rutin kepada ibu bapa agar dapat meluangkan masa bersukan bersama anak-anak,” ujarnya ketika merasmikan program Program Fun Run & Fun Ride PASTI Beaufort, di Kompleks Sukan Beaufort kelmarin.

Lebih daripada 140 orang peserta telah menyertai acara larian dan berbasikal.

Sementara itu, Asrul turut mengalakkan ibu bapa mendaftrkan anak ke Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) bagi memastikan pendidikan awal kanak-kanak yang holistik merangkumi elemen agama, akademik, fizikal dan sosial ini terus berlaku.

Menurutnya lagi, SRITI di bawah kelolaan Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Beaufort telah mula beroperasi sejak tahun 2020 dan kini membuka pendaftaran kemasukan tahun 1 sesi 2023.

Foto :

1. Meriah. Program mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

2. Penyampaian hadiah kepada pemenang.

3. Pelepasan acara Fun Run