Home Rencana PAS Selangor

Bersepakat memulihkan Malaysia – Setiausaha BPPN Selangor

71
SHARE

May be an image of 2 people and text

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Konsep keluarga Malaysia yang mahu diterapkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri perlu dilihat pada perspektif yang luas dan menyeluruh.

Ia menyasarkan keutamaan bersatu dan berkerjasama ke arah menangani pandemik Covid 19, memulihkan ekonomi selain mewujudkan tatakelola kerajaan yang baik ke arah membina sebuah masyarakat dan negara yang lebih kondusif buat semua.

Penyertaan semua lapisan masyarakat laksana sebuah keluarga ini bertepatan dengan titah Yang Dipertuan Agong agar diredakan suhu politik dalam negara. Dan inilah misi yang mahu dibawa PM ke 9.

Langkah ini bagaimanapun bukanlah satu jajaran politik baru sebagaimana cuba dimainkan oleh sesetengah pihak yang sentiasa taksub berpolitik walaupun dalam keadaan rakyat menghadapi kesusahan.

Kesepakatan antara PM dan Ketua-ketua parti-parti pembangkang di Putrajaya semalam cukup jelas iaitu mengambil semangat konsep keluarga Malaysia dengan mewujudkan kestabilan dan semua pihak fokus pada memulihkan kemelut semasa yang dihadapi rakyat dan negara.

Pihak kerajaan akan menjalankan tugasnya dengan cekap dan penuh hemah sementara blok pembangkang memain peranan sebagai pembangkang yang membantu membina negara.

Tidak ada kerajaan campuran, tidak ada tokoh pembangkang yang akan dilantik dan duduk dalam kerajaan. Apa yang ada adalah sebuah keluarga Malaysia yang besar yang bertanggungjawab dan tidak berpolitik sehingga menghancurkan negara.

PAS, BN -Umno, Bersatu, GPS dan parti-parti lain yang bersekutu akan memastikan mereka memerintah kerajaan Persekutuan dengan sebaik mungkin. Manakala PH dan pembangkang yang lain mainkanlah peranan mereka sebagai pembangkang yang baik dan bertanggungjawab.

Perseteruan dan perbezaan politik antara parti kerajaan dan pembangkang tidak larut dan malah kekal begitu tetapi dikawal dan diurus dengan baik sehinggalah PRU nanti.

Sementara itu biarlah keluarga Malaysia yang besar ini menggalas amanah memulihkan negara demi kebaikan semua.

Syabas PM kami.

26 Ogos 2021 | 17 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor