
Oleh : Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar
Sungai Besar, Selangor | 26 September 2020
Selesai sudah pertemuan di antara Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar dan Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Negeri Selangor.

Pelbagai pendekatan dan strategi yang direncanakan dan dibincangkan demi mencapai suatu matlamat iaitu melihat Islam memimpin bumi Malaysia.

Dengan pertemuan ini juga akan menjadi panduan dan sandaran untuk pemuda di peringkat kawasan dan cawangan untuk menggerakkan seluruh jentera bagi menghadapi PRU15 yang akan datang.

Semoga ianya menjadi satu perkara yang bermanfaat untuk anak muda di luar sana dengan berteraskan kepada agenda dakwah, tarbiyah dan siyasah Islam.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#PemudaSungaiBesar
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MemimpinNegara