Home Kenyataan Media Presiden PAS

Bersama Menyokong Para Atlet Malaysia Pada Sukan SEA Ke-29

852
SHARE

Sukan Sea Ke-29 akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini, manakala Sukan Para ASEAN pada 17 hingga 23 September 2017 dan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah.

Para atlet Malaysia akan berentap bagi memecahkan rekod Sukan Sea 2001 demi mengharumkan nama negara dengan semangat kemerdekaan. Seramai 874 atlet negara bersiap sedia bertempur dan telah berjaya meraih Pingat Emas Pertama oleh Pasukan Chinlone semalam. Saya mengucapkan tahniah atas permulaan yang baik.

Perlawanan para atlet ini dipandang sebagai ibadah di sisi Allah dengan memenuhi syarat iaitu niat yang betul dan menepati lunas-lunas Islam. Saya dan ahli-ahli PAS bersama menyokong para atlet Malaysia pada Sukan Sea Ke-29.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 26 Zulkaedah 1438H / 19 Ogos 2017