Home Berita PAS Terengganu

Berkebajikan PN bukan hanya ketika Pilihan Raya

3
SHARE

Oleh : Siti Mariam

KUALA NERUS – Perikatan Nasional (PN) yang didokongi tiga parti PAS, BERSATU dan Gerakan prihatin berkaitan kebajikan rakyat bukan hanya tiba pilihan raya semata-mata.

Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Seberang Takir, Nik Aini Nik Soh berkata, usaha menyantuni masyarakat bukan sekadar rutin dilakukan secara bermusim tetapi digerakkan secara konsisten, berstrategi serta menarik sepanjang masa.

“Setiap manusia tidak lari dari masalah dan dugaan dalam hidup selagi bernyawa dan setiap dugaan Allah berikan pasti ada jalan untuk menghadapinya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada semalam, mengulas mengenai program ziarah di Kampung Baru, Seberang Takir di sini pada Rabu, 11 Oktober.

Turut sama hadir Isteri Pengarah Majlis Tindakan DUN , Tengku Aspaniza Tengku Aziz dan beberapa orang Muslimat DUN turut mengunjungi rumah-rumah yang telah ditetapkan oleh Allah PAS Cawangan.

Menurutnya, dengan program sebegini pemimpin dapat mengetahui permasalahan rakyat dan membuat tindakan susulan oleh pihak DUN.

“Semoga yang diziarahi diberi kesabaran dan tabah dalam menghadapi segala dugaan yang Allah berikan,” ujar beliau lagi.