Home Berita PAS Terengganu

BERKAT 3.0 : Bekal makanan pastikan rakyat kekal di rumah

143
SHARE

Oleh : Amiruddin Zamri

DUNGUN – PAS Kawasan Dungun menyalurkan sumbangan bekalan makanan asas sebagai usaha memastikan rakyat mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan, agar terus berada di rumah.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, bantuan barangan dapur termasuk bahan mentah telah diagihkan kepada semua DUN dalam kawasan Parlimen ini.

“yang terkini sebanyak 2000 ekor ayam untuk diedarkan kepada penduduk yang memerlukan dan kita telah mengambil insiatif untuk menambahkan jumlah sumbangan tambahan,
“antaranya membekalkan 500 biji buah tembikai untuk disumbangkan kepada penduduk yang terkesan yang terkesan,” ujarnya.

Beliau yang juga Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi berkata demikian ketika ditemu semalam.

Oleh itu, beliau amat mengharapkan kerjasama dan kepekaan semua pihak agar dapat mematuhi arahan dan SOP yang telah ditetapkan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (Lockdown).

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan PAS Terengganu yang cakna dan memberikan peruntukan serta orang ramai yang memberikan sumbangan.

Katanya, inisiatif Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT 3.0) dapat meringankan beban seluruh rakyat yang tidak dapat keluar untuk mencari pendapatan.

Oleh itu, beliau menggesa pihak cawangan PAS dan JPKK, mengambil Langkah pro-aktif mengenalpasti dengan memberi keutamaan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, agar tidak terlepas pandang.

“Alhamdulillah Sumbangan Prihatin di Peringkat Dun Bukit Besi ini telah mendapat kerjasama yang baik.

“Terdapat juga cawangan yang turut menambahkan sumbangan dengan menambahkan unit barangan basah seperti satu kilogram lada dan lima liter air mineral setiap keluarga,” ujarnya