Home Berita PAS Sabah

Beri peluang PN memerintah Johor

113
SHARE

Oleh Faizah Arbain
9 Mac 2022

SANDAKAN: Jentera PAS Sabah sangat teruja melihat sambutan yang diberikan oleh penduduk Jementah sepanjang kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), Mustaman Mustain dalam kenyataannya berkata, ini adalah masa yang tepat untuk penduduk Johor membuat perubahan dalam memilih pemimpin.

“Johor sudah pernah merasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun, malah reputasi BN kini jatuh teruk akibat terpalit salah laku dan kes rasuah pemimpin mereka.

“Begitu juga kepimpinan Pakatan Harapan (PH), walau sempat 22 bulan memerintah, namun itulah masanya rakyat paling rasa tertekan dan azab,” ujarnya.

Beliau menyatakan, Perikatan Nasional (PN) harus di beri peluang untuk memerintah Johor.

“Perikatan Nasional tampil dengan membawa tawaran baharu kepada rakyat Johor dan diolah demi menyelesaikan masalah rakyat berkaitan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Selain menampilkan calon yang berintegriti, berkebajikan serta mempunyai rekod yang bersih daripada rasuah dan salah laku,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi sepanjang pemerintahan Perikatan Nasional, kerajaan ini banyak memberikan bantuan kepada rakyat yang ditimpa musibah khususnya yang paling teruk ketika rakyat menghadapi wabak COVID-19 dan banjir yang menimpa banyak negeri.

“Semoga terbuka hati penduduk Johor untuk membuat perubahan. Demi kegemilangan bangsa Johor, pilihlah calon daripada Perikatan Nasional,” katanya lagi.