Home Berita PAS Selangor

Berani? Sila Viralkan – Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor | Ustaz Shafie Bin Ngah

743
SHARE

Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah

Itulah ‘Umar al-Khattab, si pemberani. Yang Rasulullah SAW gelarkan beliau sebagai al-Farooq (berani viral, antara betul dan salah).
Ramai orang tahu Amirul Mukminin Saiyyidina ‘Umar al-Khattab (radiyallahu ‘anhu) menampar adik perempuannya hingga tergolek di lantai setelah beliau tahu adiknya memeluk Islam. Ini kerana pada masa Islam mula dibawa oleh Muhammad SAW beliau adalah antara orang yang paling benci dengan Muhammad SAW.

Kebenciannya dibuktikan dengan kesungguhan beliau mencari di mana Muhammad berada. Beliau keluar daripada rumahnya dengan pedang besar yang terhunus dengan hanya satu tujuan – untuk memengggal leher Muhammad SAW.

Ramai juga yang tahu bahawa peristiwa itu (menampar adik perempuannya) juga yang menyebabkan ‘Umar al-Khattab terpaut dengan Islam. Itu berlaku setelah adiknya membacakan ayat-ayat awal daripada al-Quran, surah TaHa.

Tetapi tahukah anda bahawa ‘Umar al-Khattab juga adalah ‘kaki viral’?
Tahu? Tak tahu tak apa ini nak bagi tahu. Ceritanya begini

Apabila ‘Umar memeluk Islam – mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan mengaku bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah – beliau berdialog dengan Rasulullah SAW;
‘Umar : Wahai Rasulullah, bukankah kita ini berada di jalan yang benar?
Muhammad : Betul
‘Umar : Jadi, mengapa tidak kita sebarkan seruan Islam ini secara terang-terangan?…

He walks the talk (dia buat sungguh!).

‘Umar beredar daripada rumah al-Arqam iaitu rumah di mana beliau membuat keputusan memeluk Islam dan pergi ke beberapa buah rumah untuk menyatakan ke-Islamannya.
Tak cukup dengan itu ‘Umar bertanya kepada seorang yang ditemuinya; “siapakah orang yang kamu kenal jika dia dapat satu berita dia cepat sebarkannya?” Orang itu jawab; “Jamil bin Ma’mar”***

Lalu ‘Umar pergi menemui Jamil bin Ma’mar. “Wahai Ibn Ma’mar. aku nak bagi tahu kamu aku telah memeluk Islam. Aku ikut Muhammad.”

Jamil bin Ma’mar tidak menjawab walau sepatah. Sebaliknya terus bergegas menuju Ka’bah (Ka’bah memang tempat ibadah cuma waktu itu Ka’bah dipenuhi dengan tuhan-tuhan orang jahiliyah).

Apa Jamil bin Ma’mar buat? Beliau menjerit sekuat hati;

“Listen! Listen! Listen!
Wahai semua orang, dengar sini.
‘Umar sudah murtad!!!”

Sungguh! Jamil bin Ma’mar memang ejen cepat menyebar berita! Kalah tiwi tiga.

(Saya petik dari buku tulisan Ustaz Mohamed Sabir Jamaludin, Cabaran Dakwah Pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin)

Jamil bin Ma’mar (radiyallahu ‘anhu) memeluk Islam pada hari Fathu Makkah.


Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor