Home Berita PAS Selangor

“Beramal Kerana Allah” – Jabatan Amal Negeri Selangor : Amal Kawasan Bangi Iring YDP PAS Kawasan Turun Menyantuni Mangsa Banjir

559
SHARE

Hari ini Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor merangkap YDP PAS Kawasan Bangi Us. Shafie Ngah turun menyampaikan sumbangan kepada penduduk kawasan sekitar Bangi dan Kajang yang ditimpa musibah banjir kilat baru – baru ini. Turut serta mengiringi Us Shafie Ngah adalah Komandan Amal Kawasan Bangi serta beberapa anggota Amal yang lain. Alhamdulillah anggota Amal Kawasan Bangi terus memberikan khidmatNya.

Sesudah menggerakkan ‘tentera merah’nya membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir, hari ini team Amal Kawasan Bangi hadir lagi. Kali ini hadir dengan buah tangan pula seperti sekampit beras, sepapan telor dan sekarung bahan masak kering (minyak masak, tepung, gula dan lain²).

Sebanyak 60 pax buah tangan telah diedar ke setiap rumah di taman perumahan Kg Jambu, Kajang. Rata-rata penghuni masih belum selesai mencuci rumah masing-masing. Banyak barangan yang perlu dibersihkan. Tidak sedikit juga yang terpaksa dibuang.

Manakala semua kenderaan yang terkandas dan terendam seperti kereta dan motorsikal kerana tidak sempat untuk dialihkan. Itu semua itu memakan kos dan masa untuk pembaikan semula.

Namun, semua mereka yang kami sapa menyambut dengan senyuman. “Redha”, Itulah yang terbit dari mulut mereka menandakan mereka menerima ujian daripada Allah dengan hati gang terbuka. Semoga ada hikmah di sebalik ujian yang datang.

30 Zulkaedah 1441H | 21 Julai 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan